Thursday, August 23, 2012

Keadaan Yang Merunsingkan Diri Saya

            Keadaan yang merunsingkan diri saya ialah semasa peperiksaan pertengahan tahun hampir dekat. Saya perlu mengulangkaji pelajaran supaya saya boleh mendapat lebih ilmu pengetahuan. Ibu saya telah menyiapkan saya kerja-kerja untuk dibuat pada hari itu juga. Saya tetap membuat kerja-kerja tersebut dengan tenang dan senang.

            "Ring! Ring!" telefon bimbit saya berbunyi. Saya mengangkatnya dan terdengar suara kawan saya, Ali, mengajak saya bermain bersama-sama di taman permainan yang berdekatan dengan rumahnya. Saya memberitahu kepadanya yang saya perlu membuat latihan yang diberi oleh ibu saya. Dia berkata yang dia berasa bosan dan tidak tahu dia perlu membuat apa. Saya berkata yang dia boleh mengulang kaji pelajaran seperti saya. Tetapi dia tidak mahu mengulang kaji pelajaran.

             Saya berasa runsing kerana saya tidak tahu yang saya perlu mendengar nasihat ibu ataupun pergi ke taman permainan bersama Ali. Jika saya membuat latihan yang diberi ibu saya, saya akan dapat markah yang tinggi. Jika saya mengikut Ali ke taman permainan, saya tidak tahu bagaimana untuk membuat peperiksaan saya.

             "Ali, saya perlu membuat latihan saya dahulu. Minta maaf ya Ali." kata saya kepada Ali.

             Ali pun meletakkan telefon bimbitnya. Saya pun menyambung kerja saya. Ibu saya memuji saya kerana saya mengulang kaji pelajaran dan bersedia untuk membuat peperiksaan. Saya senyum dan teringat tentang Ali. Saya berasa kasihan terhadap Ali.

              Keesokan harinya, saya bangun dari tidur dan bersarapan. Saya bersolat Subuh dan bersiap untuk ke sekolah. Hari itu hari peperiksaan. Saya tidak sabar untuk membuat peperiksaan. Saya berasa takut juga jika peperiksaan itu susah. Saya tetap berasa tenang seperti air dalam kolam.

              "Kelas! Letakkan pena di atas meja! Masa sudah tamat!" Cikgu Norlin memberitahu saya dan kawan-kawan saya yang masa sudah pun tamat.

               Saya telah selesaikan peperiksaan. Saya berasa senang hati. Saya bertanya kepada Ali tentang peperiksaan. Dia mendiam sahaja.

Monday, August 6, 2012

Sajak Bulan

Ada yang berkata
engkaulah cahaya pada waktu malam
yang menerangi alam semesta
betulkah, bulan?

Ada yang berkata
engkau dicerminkan dari matahari
dan mencermin ke bumi
benarkah, bulan?

Aku ingin menjadi sepertimu
apatah daya aku tidak mampu
aku hanya manusia biasa
engkaulah yang menghibur hati
engkaulah inspirasi

Friday, August 3, 2012

Zaman Yang Saya Ingin Jelajahi

Zaman yang saya ingin jelajahi ialah zaman dinosaur. Saya ingin jelajah tentang kehidupan dinosaur. Saya juga hendak tahu bagaimana cuaca pada masa itu dan bagaimana anak dinosaur mencari makan dengan sendiri. Saya telah membuat penyelidikkan yang dinosaur telah pupus kerana cuaca berubah dan tidak sesuai untuk dinosaur-dinosaur hidup.