Keluarga saya telah merancang bersama pak cik and mak cik saya untuk pergi ke Johor, Malaysia Legoland®, pada bulan November atau Disember tahun ini. Kita akan menyewa sebuah kereta yang mempunyai lapan tempat duduk. Jika rancangan kami berjaya, saya akan berasa sungguh gembira kerana itu adalah pertama kali saya pergi ke Legoland®. Di Legoland®, terdapat banyak bangunan terkenal di seluruh dunia dibuat oleh Lego®. Contohnya ialah, patung Merlion, Menara Condong Pisa dan banyak lagi. Saya tidak sabar untuk ke sana. Tetapi, saya juga perlu mengulang kaji pelajaran dan bersedia untuk tahun depan.