Sunday, March 18, 2012

Cuti Sekolah Saya



Percutian

   Pada hari cuti sekolah Mac, saya pergi ke Pantai Changi. Pagi itu, pak cik saya menelefon rumah saya. Saya mengangkat telefon. Pak cik saya mengatakan bahawa adik saya dan saya akan pergi ke Pantai Changi untuk mengambil angin.
  
   Apabila saya sampai di pantai itu, saya terus mengambil baju mandi saya dan terus pergi ke tandas. Saya tidak sabar untuk mandi di laut. Semasa saya keluar dari tandas, saya terus mengajak adik saya untuk bersama-sama mandi di laut.

   Saya sangat gembira kerana dapat bermain dengan adik saya. Semasa pukul 2 petang, pak cik saya mengajak saya pegi ke Masjid Al Taqua untuk sembahyang Zuhur. Selepas itu, saya pegi makan di Changi Village. Di sana, saya makan nasi briyani ayam. Makanannya sungguh lazat.

   Jam tangan saya menunjukkan jam lima petang. Pak cik saya pun membawa saya dan adik saya pulang ke rumah. Dia ada sebuah kereta yang besar. Pak cik saya mengajak kita pergi ke pantai lagi pada cuti bulan Jun yang akan datang.

No comments:

Post a Comment